Saturday 26 November 2016


KREATIVITI DAN INOVASI USAHAWAN TUDUNG DI MALAYSIA
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
Fesyen dalam pemakaian tudung atau hijab semakin mendapat sambutan hangat di Malaysia. Usahawan tudung di negara ini berlumba-lumba mencipta tudung yang kreatif dan berinovasi. Dari semasa ke semasa, ada sahaja rekaan tudung yang baru dikeluarkan oleh para usahawan. Dalam memenuhi kehendak serta permintaan pengguna tudung, usahawa sentiasa bersaing untuk mengeluarkan fesyen terkini, Disebabkan itulah terhasilnya rekaan tudung yang mempunyai nilai tinggi dari segi gaya dan populariti.

Selain itu, inovasi tudung juga dapat dilihat dari segi keperluan wanita yang aktif bersukan. Kebiasaannya, tudung wanita mudah terselak apabila melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa bersukan. Oleh itu, usahawan mencipta tudung khas buat wanita yang aktif bersukan disamping menjaga aurat mereka.





Terdapat juga inovasi tudung yang kreatif pada masa kini yang memberikan kemudahan kepada wanita untuk menunaikan solat. Tudung tersebut dapat digunakan sebagai tudung harian dan juga boleh digunakan sebagai telekung. Antara tudung tersebut adalah tudung "Go Solat" dan "X10der Dahlya". 







Selebriti tempatan di Malaysia juga ramai yang berjaya menjadi usahawan tudung yang kreatif dan inovatif. Selebriti seperti Neelofa mempunyai perniagaan tudungnya sendiri iaitu Naelofar Hijab. Naelofar Hijab banyak mengeluarkan rekaan yang menarik dan moden sehingga dapat memasarkan tudungnya ke pasaran luar seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30 negara lain.

 





Tidak kurang juga bagi selebriti popular Nora Danish yang berjinak-jinak dalam perusahaan tudung. Baru-baru ini, Nora Danish mengeluarkan produk baru yang mendapat perhatian daripada netizen. Beliau berinovasi dalam fenyen tudung dimana beliau menggunakan zip pada rekaan tudungnya. Namun, ada juga masyarakat yang mengecam dan melabel fesyen tudung keluarannya mengarut dan tidak relevan.





Kreativiti dan pembaharuan adalah kunci kekuatan kepada keusahawanan. Persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan persaingan bagi memasuki pasaran, usahawan perlu memikirkan jalan dan cara terbaik untuk menghasilkan produk yang berbeza umtuk memenuhi keperluan dan desakan pengguna. Jika tidak, usahawan akan gagal di dalam menghadapi cabaran persekitaran persaingan yang semakin rancak dan sengit. Dalam persaingan dunia global yang dinamik, usahawan perlu berpegang bahawa kreativiti dan inovasi adalah sebahagian dari ramuan yang sangat penting untuk kejayaan sesebuah organisasi perniagaan.






Monday 7 November 2016

BUNGA DARIPADA KERTAS TISU



PERNIAGAAN YANG KREATIF DAN INOVATIF BUNGA DARIPADA KERTAS TISU
       Kreativiti dan inovasi adalah melakukan sesuatu yang baru atau lebih spesifik melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Kreativiti dan inovasi juga sering dikaitkan dengan pembaharuan, penambahbaikan, penciptaan dan juga penemuan sesuatu yang baru. Konsep kreatif dan inovatif ini adalah amat luas dan boleh diguna pakai di dalam pelbagai bidang tidak terkecuali bidang perniagaan.
       Di dalam dunia perniagaan kreatif dan inovatif amat berkait rapat bertambah pula dengan dunia semakin maju dan teknologi semakin canggih. Tanpa adanya kreativiti dan inovasi dalam perniagaan usahawan tidak akan dapat menguasai dunia perniagaan kerana perniagaan mereka kekal statik pada tahap yang sama tanpa pembaharuan dan juga perubahan dalam penciptaan keluaran mereka.
       Usahawan yang membudayakan seni kreatif dan inovatif dalam perniagaan mereka telah berkembang maju seperti yang kita dapat lihat sekarang berbanding dengan usahawan yang masih mengekalkan konsep perniagaan tradisional yang hanya mementingkan jualan dan keuntungan semata- mata tanpa memikirkan perubahan yang perlu dilakukan dalam perniagaan mereka.
       Kreativiti dan inovasi dalam perniagaan boleh dlakukan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah produk yang dikeluarkan, perkhidmatan yang disediakan, jenama produk, model perniagaan dan juga dari segi pemasaran sesuatu produk perniagaan tersebut. Dengan adanya kreativiti dan inovasi dalam perniagaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan akan menjadi lebih unik dan berbeza dalam pasaran.
        Kreatif dan inovatif juga diterapkan dalam pembuatan bunga daripada kertas tisu (kertas crepe) untuk dijadikan cenderahati kepada para tetamu semasa majlis perkahwinan berlangsung, dijadikan hiasan di atas dulang hantaran supaya lebih menarik dan kreatif, dijadikan bunga hiasan di dalam setiap sudut rumah tanpa membeli bunga plastik yang dijual di kedai dan dijadikan hiasan pada pelamin supaya kos pelamin dapat dijimatkan.



KELEBIHAN BUNGA DARIPADA KERTAS TISU YANG KREATIF DAN BERINOVASI



          BUNGA KERTAS TISU UNTUK HIASAN
                        DALAMAN RUMAH



                                        
 PELAMIN YANG INDAH DIHIASI DENGAN

     BUNGA DARIPADA KERTAS TISU





DULANG HANTARAN YANG DIHIASI
DENGAN BUNGA TISU



BUNGA TELUR DARIPADA KERTAS TISU

Tong Drum Menjadi Rekaan Perabot Rumah



Tong Drum Menjadi Rekaan Perabot Rumah
Perabot tong drum terpakai
Hasil kreativiti adik-beradik menghasilkan pelbagai bentuk perabot dengan menggunakan tong drum.


Sofa Dibuat Daripada Tong Drum

Sinonim tong sebagai tangki, kaleng dan drum. Kini ia popular sebagai barang  hiasan rumah selain digunakan dalam menampung air, minyak dan baja.

Memang diakui terdapat pelbagai jenis dan jenama perabot pada pasaran sekarang. Tetapi  perabot yang dihasilkan oleh Custom Drum Malaysia agak berbeza dengan perabot yang lain kerana ia lebih mesra alam iaitu menggunakan tong drum untuk menghasilkan pelbagai perabot dan hasil ini mempunyai keunikkan sendiri. Pelanggan dapat memilih logo atau jenama syarikat sendiri pada perabot yang mereka inginkan. Sebagai contohnya, Channel, Mini Cooper dan sebagainya. Dengan ini, setiap reka bentuk perabot yang berbeza dan hanya terdapat satu sahaja di Malaysia seperti warna sofa dan logo perabot yang dapat melambangkan imej tersendiri.

Custom Drum Malaysia menerima banyak pertanyaan dan tempahan daripada penduduk setempat dan masyarakat yang mengkunjungi ke rumah mereka. Hasil daripada Custom Drum Malaysia dengan menggunakan bahan yang mesra alam, perabot tong drum memang dinanti-nantikan untuk menggantikan perabot yang ada di pasaran sekarang.

Aliff Shahzuan Sulaiman, 29, berkata, mereka pada masa sekarang hanya memberi tumpuan kepada perabot kerusi dan meja dahulu. Kemudian, perniagaan Custom Drum Malaysia akan menghasilkan rak kasut mulai tahun depan.

Beliau berkata, matlamat perniagaan menghasilkan perabot tong drum bertujuan untuk memperkenalkan produk tempatan dan perabot yang kreatif ke antarabangsa.

Perniagaan Custom Drum Malaysia menghasilkan perabot berasaskan pemerhatian, pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya. Hasil kreativiti mereka datang daripada bercutian mereka di Thailand. Pada awalnya mereka mencipta perabot untuk kegunaan sendiri. Kawan-kawan memuji idea kreativiti tong drum yang mereka hasilkan, dua beradik Aliff Shahzuan dan Aliff Shahriman memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengambil tembahan daripada kenalan dengan hanya menumpang bengkel orang di Ipoh.

Sejak pada Disember 2015, Custom Drum Malaysia telah berpindah ke Kuala Lumpur. Mereka mendapat tempahan secara besar-besaran daripada pelanggan. Dalam tempoh selama sembilan bulan sahaja, mereka telah menghasilkan tempahan perabot sebanyak 70 set  daripada pelanggan.

Oleh kerana sambutan sungguh menggalakan daripada pasaran tempatan, Aliff Shahriman akan meningkatkan inovasi agar menghasilkan lebih banyak produk yang berguna dengan menggunakan barang terpakai.
Rak Kasut berada dalam peringkat R & D





Kraftangan : ROTAN


             Pada zaman dahulu, kraf tangan berasaskan rotan dianggap sebagai produk tradisional tetapi kini setelah dikomersialkan, ia menjadi produk moden yang lebih menarik serta meraih perhatian di kalangan penggemar kraf. Bukan itu saja, dengan memberi nilai tambah pada produk tersebut ia juga mampu dipasarkan ke luar negara seterusnya membuktikan pengusaha kraf tangan tempatan juga mampu bergelar usahawan berjaya. Hal tersebut diakui oleh usahawan kraf tangan berasaskan rotan, Azizah Ahmad, 44, yang turut meraih pendapatan lumayan berkat kegigihannya memartabatkan produk tersebut di dalam dan luar negara. "Dulu bila orang bercakap tentang rotan mereka akan teringatkan tudung saji, bakul dan dulang saja tetapi kini rekaan produk rotan jauh lebih moden dan trendy menjadikan ia semakin popular terutama di kalangan orang muda. "Berdasarkan pengalaman saya mengadakan pameran dan jualan kraf di luar negara, bangsa asing juga turut meminati kraf tangan rotan kerana keunikannya," kata Azizah ketika ditemui di bengkelnya di Taman Pinggiran 

          Senawang di sini hari ini. Kata Azizah yang sudah tujuh tahun menceburi bidang tersebut, sehingga kini produk rotan yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Zafialno Enterprise berjaya dipasarkan di luar negara termasuk Singapura, Eropah dan United Kingdom. "Kejayaan ini adalah berkat daripada pelbagai galakan yang diberikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan yang sering mengadakan promosi pameran dan jualan di luar negara dengan menyertai pameran kraf antarabangsa. "Penyertaan dalam program seperti ini banyak membantu mempromosikan produk kraf tangan pengusaha tempatan seperti saya," katanya yang akan menyertai pameran dan jualan produk kraf di Hong Kong tidak lama lagi. Azizah berkata, bengkel latihan usahawan kraf tangan anjuran badan tersebut sejak beberapa tahun lepas berjaya meletakkan dirinya sebagai usahawan rotan berjaya hari ini. 

                                                   USAHAWAN AZIZAH AHMAD 

              Azizah Ahmad sentiasa bersedia mengumpul semua informasi dan melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan rotan. Penyertaan dalam pelbagai program seperti ini banyak membantu mempromosikan produk kraftangan dan memberi pelbagai idea kepada Azizah Ahmad seperti bentuk-bentuk dan jenis-jenis produk rotan seperti bakul kucing, bakul telur, beg gedik tali kulit, bakul trak yang sangat besar dan sebagainya.




BEG GEDIK TALI KULIT


BAKUL TRAK YANG SANGAT BESAR

Kraftangan : JERAMI PADI

  Inovasi kertas buatan tangan daripada serat batang pisang yang dihasilkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) memberikan ilham kepada usahawan Kraftangan Kedah, Mohd Azizudin Aziz yang berumur 34 tahun untuk memperkenalkan kertas buatan tangan daripada jerami padi. Dengan menggunakan teknologi seperti yang diperkenalkan oleh USM, Azizudin menjadi pengusaha pertama yang memperkenalkan kertas daripada jerami padi di negara ini. Beliau yang mendapat bimbingan daripada Kraftangan Malaysia cawangan Kedah, kini menumpukan sepenuh perhatiannya dan usahanya dalam menghasilkan produk kraf daripada kertas jerami padi. Antaranya ialah penghasilan lampu tanglung dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran.

             Biarpun masih di peringkat inkubator, Azizudin yakin bahawa usahanya akan berjaya ditambah pula dengan sokongan dan bimbingan pemasaran secara komersial daripada pihak Kraftangan Kedah. Selain cintanya yang mendalam terhadap seni kaligrafi, minat berniaga juga turut menyebabkan Azizudin tanpa ragu-ragu meninggalkan dunia perguruan dan beralih dirinya dalam bidang keusahawanan. Lulusan dalam bidang Bahasa Arab dari Kolej Orman di Kaherah, Mesir ini pernah kerugian hampir RM10,000 apabila stok perniagaan mencetak kemeja-T dan kain telekung yang diusahakannya musnah ketika banjir.

Walau bagaimanapun, istilah putus asa tidak pernah wujud menyebabkan beliau bangkit untuk mencuba bidang yang baru.

Beliau berkata bahawa tumpuannya kini ialah menghasilkan produk kraf daripada kertas buatan tangan. Inovasi daripada jerami padi ini mulanya dijalankan oleh pihak Kraftangan sebelum diserahkan kepada usahawan untuk menghasilkannya secara komersil. Azizudin yang kini dibantu oleh dua pekerja yang merupakan pelatih Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LTTK) Kraftangan.Ketika ditemui di inkubator Kraftangan cawangan Kedah, Azizudin menunjukkan cara-cara penghasilan kertas daripada jerami padi. Prosesnya hampir menyamai penghasilan kertas kitar semula daripada bahan-bahan terbuang. Namun yang membezakannya ialah proses yang melibatkan jalan pintas yang lebih cepat dan mudah serta penghasilan kertas ini tidak memerlukan mesin yang canggih dan berat serta modal yang besar. Selepas jerami direndam semalaman, ia dikisar hingga hancur. Kemudian, isi dan seratnya diasingkan bagi mendapatkan serat asli.



Jerami yang belum diproses untuk dijadikan kertas

Setelah itu ia dimasukkan ke dalam mesin yang mengandungi campuran air, suratkhabar lama dan bahan lendir daripada tumbuhan semula jadi. Lendir yang digunakan ialah lendir kacang bendi atau lendir daun bunga raya. Lendir ini bertindak sebagai gam atau bahan pelekat. Ia kemudiannya ditapis menggunakan penangguk yang dibuat mengikut saiz kertas yang diingini. Campuran yang sempurna akan menghasilkan tapisan yang tidak berketul-ketul dan rata di atas penangguk. Setelah itu, ia dikeringkan pada suhu bilik dengan melekapkan penangguk tadi secara terbalik di atas helaian kain dan ditekan agar ia rata. Setelah kering, helaian kain tadi ditarik secara perlahan-lahan meninggalkan jerami padi yang telah pun menjadi sehelai kertas.




Pelatih yang  memasukkan jerami yang direndam ke dalam pengisar

 Menurut Abdul Ghani Yob, pereka dari Kraftangan Kedah yang bertanggungjawab membimbing Azizudin, selain jerami padi, kaedah ini juga boleh digunakan bagi menghasilkan kertas daripada pokok bebaru, kain-kain dan jean terpakai atau apa sahaja bahan yang menepati konsep kitar semula.Abdul Ghani menjelaskan bahawa walau bagaimanapun, penghasilan lampu tanglung dan kaligrafi daripada jerami padi yang diusahakan oleh Azizudin ini agak unik malah boleh diketengahkan sebagai produk kraf dari Kedah yang terkenal dengan jolokan Negeri Jelapang Padi. Kreativiti Azizudin jelas terbukti apabila tangan seninya menabur sekam padi di atas kertas yang terhasil.

         Tulisan kaligrafi di permukaan kertas jerami padi yang dihasilkannya tampak lebih menarik dan asli apabila dihiasi dengan taburan sekam padi. Mengakui memperoleh kepuasan dengan menghasilkan kaligrafi, beliau turut menyiapkan bingkai sendiri daripada pokok kayu pain. Tanpa bingkai, kaligrafi di atas kertas jerami padi itu dijual pada harga dari RM2 hingga RM120. Manakala kaligrafi yang berbingkai boleh mencecah sehingga RM700 mengikut saiz yang ditempah. Selain tempahan kaligrafi, beliau juga sedang menyiapkan tempahan 200 buah lampu tanglung daripada kertas yang sama. Lampu-lampu tanglung pelbagai warna itu cantik dan sesuai dijadikan hiasan siling mahupun di sudut rumah. Beliau berkata bahawa kini tumpuannya bukan sekadar kepada penghasilan kaligrafi dan tanglung sahaja, tetapi mensasarkan kepada rekaan lampu-lampu hiasan dinding gabungan kertas jerami padi dan rangkanya pula daripada kayu pine.

       Kesimpulannya, kreativiti dan invovasi amat penting bagi seseorang usahawan dan juga sesebuah perniagaan. Dalam masyarakat yang persaingannya yang semakin sengit, unsur kreativiti dan inovasi dapat menjamin perniagaan tersebut berterusan dan memperoleh keuntungan serta memenuhi cita rasa manusia yang berbeza. Mohd Azizudin Aziz merupakan satu contoh yang baik di mana beliau mencipta sesuatu benda yang baru dengan menggunakan kreativiti dan inovasi beliau untuk memenuhi cita rasa dan kehendak manusia.




MOHD AZIZUDIN AZIZ menunjukkan lampu tanglung yang dihasilkan daripada jerami padi

Image result for Mohd Azizudin Aziz ; Kaligrafi

Kanak-kanak yang membeli lampu tanglung yang dihasilkan oleh beliau

Image result for lampu tanglung dari kertas jerami padi
Lampu tanglung yang diperbuat daripada kertas jerami padi oleh beliau untuk menjadi hiasan rumah