Saturday 26 November 2016


KREATIVITI DAN INOVASI USAHAWAN TUDUNG DI MALAYSIA
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
Fesyen dalam pemakaian tudung atau hijab semakin mendapat sambutan hangat di Malaysia. Usahawan tudung di negara ini berlumba-lumba mencipta tudung yang kreatif dan berinovasi. Dari semasa ke semasa, ada sahaja rekaan tudung yang baru dikeluarkan oleh para usahawan. Dalam memenuhi kehendak serta permintaan pengguna tudung, usahawa sentiasa bersaing untuk mengeluarkan fesyen terkini, Disebabkan itulah terhasilnya rekaan tudung yang mempunyai nilai tinggi dari segi gaya dan populariti.

Selain itu, inovasi tudung juga dapat dilihat dari segi keperluan wanita yang aktif bersukan. Kebiasaannya, tudung wanita mudah terselak apabila melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa bersukan. Oleh itu, usahawan mencipta tudung khas buat wanita yang aktif bersukan disamping menjaga aurat mereka.





Terdapat juga inovasi tudung yang kreatif pada masa kini yang memberikan kemudahan kepada wanita untuk menunaikan solat. Tudung tersebut dapat digunakan sebagai tudung harian dan juga boleh digunakan sebagai telekung. Antara tudung tersebut adalah tudung "Go Solat" dan "X10der Dahlya". 







Selebriti tempatan di Malaysia juga ramai yang berjaya menjadi usahawan tudung yang kreatif dan inovatif. Selebriti seperti Neelofa mempunyai perniagaan tudungnya sendiri iaitu Naelofar Hijab. Naelofar Hijab banyak mengeluarkan rekaan yang menarik dan moden sehingga dapat memasarkan tudungnya ke pasaran luar seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30 negara lain.

 





Tidak kurang juga bagi selebriti popular Nora Danish yang berjinak-jinak dalam perusahaan tudung. Baru-baru ini, Nora Danish mengeluarkan produk baru yang mendapat perhatian daripada netizen. Beliau berinovasi dalam fenyen tudung dimana beliau menggunakan zip pada rekaan tudungnya. Namun, ada juga masyarakat yang mengecam dan melabel fesyen tudung keluarannya mengarut dan tidak relevan.





Kreativiti dan pembaharuan adalah kunci kekuatan kepada keusahawanan. Persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan persaingan bagi memasuki pasaran, usahawan perlu memikirkan jalan dan cara terbaik untuk menghasilkan produk yang berbeza umtuk memenuhi keperluan dan desakan pengguna. Jika tidak, usahawan akan gagal di dalam menghadapi cabaran persekitaran persaingan yang semakin rancak dan sengit. Dalam persaingan dunia global yang dinamik, usahawan perlu berpegang bahawa kreativiti dan inovasi adalah sebahagian dari ramuan yang sangat penting untuk kejayaan sesebuah organisasi perniagaan.






No comments:

Post a Comment