Monday 7 November 2016

Tong Drum Menjadi Rekaan Perabot Rumah



Tong Drum Menjadi Rekaan Perabot Rumah
Perabot tong drum terpakai
Hasil kreativiti adik-beradik menghasilkan pelbagai bentuk perabot dengan menggunakan tong drum.


Sofa Dibuat Daripada Tong Drum

Sinonim tong sebagai tangki, kaleng dan drum. Kini ia popular sebagai barang  hiasan rumah selain digunakan dalam menampung air, minyak dan baja.

Memang diakui terdapat pelbagai jenis dan jenama perabot pada pasaran sekarang. Tetapi  perabot yang dihasilkan oleh Custom Drum Malaysia agak berbeza dengan perabot yang lain kerana ia lebih mesra alam iaitu menggunakan tong drum untuk menghasilkan pelbagai perabot dan hasil ini mempunyai keunikkan sendiri. Pelanggan dapat memilih logo atau jenama syarikat sendiri pada perabot yang mereka inginkan. Sebagai contohnya, Channel, Mini Cooper dan sebagainya. Dengan ini, setiap reka bentuk perabot yang berbeza dan hanya terdapat satu sahaja di Malaysia seperti warna sofa dan logo perabot yang dapat melambangkan imej tersendiri.

Custom Drum Malaysia menerima banyak pertanyaan dan tempahan daripada penduduk setempat dan masyarakat yang mengkunjungi ke rumah mereka. Hasil daripada Custom Drum Malaysia dengan menggunakan bahan yang mesra alam, perabot tong drum memang dinanti-nantikan untuk menggantikan perabot yang ada di pasaran sekarang.

Aliff Shahzuan Sulaiman, 29, berkata, mereka pada masa sekarang hanya memberi tumpuan kepada perabot kerusi dan meja dahulu. Kemudian, perniagaan Custom Drum Malaysia akan menghasilkan rak kasut mulai tahun depan.

Beliau berkata, matlamat perniagaan menghasilkan perabot tong drum bertujuan untuk memperkenalkan produk tempatan dan perabot yang kreatif ke antarabangsa.

Perniagaan Custom Drum Malaysia menghasilkan perabot berasaskan pemerhatian, pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya. Hasil kreativiti mereka datang daripada bercutian mereka di Thailand. Pada awalnya mereka mencipta perabot untuk kegunaan sendiri. Kawan-kawan memuji idea kreativiti tong drum yang mereka hasilkan, dua beradik Aliff Shahzuan dan Aliff Shahriman memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengambil tembahan daripada kenalan dengan hanya menumpang bengkel orang di Ipoh.

Sejak pada Disember 2015, Custom Drum Malaysia telah berpindah ke Kuala Lumpur. Mereka mendapat tempahan secara besar-besaran daripada pelanggan. Dalam tempoh selama sembilan bulan sahaja, mereka telah menghasilkan tempahan perabot sebanyak 70 set  daripada pelanggan.

Oleh kerana sambutan sungguh menggalakan daripada pasaran tempatan, Aliff Shahriman akan meningkatkan inovasi agar menghasilkan lebih banyak produk yang berguna dengan menggunakan barang terpakai.
Rak Kasut berada dalam peringkat R & D





1 comment: