Monday 7 November 2016

Kraftangan : ROTAN


             Pada zaman dahulu, kraf tangan berasaskan rotan dianggap sebagai produk tradisional tetapi kini setelah dikomersialkan, ia menjadi produk moden yang lebih menarik serta meraih perhatian di kalangan penggemar kraf. Bukan itu saja, dengan memberi nilai tambah pada produk tersebut ia juga mampu dipasarkan ke luar negara seterusnya membuktikan pengusaha kraf tangan tempatan juga mampu bergelar usahawan berjaya. Hal tersebut diakui oleh usahawan kraf tangan berasaskan rotan, Azizah Ahmad, 44, yang turut meraih pendapatan lumayan berkat kegigihannya memartabatkan produk tersebut di dalam dan luar negara. "Dulu bila orang bercakap tentang rotan mereka akan teringatkan tudung saji, bakul dan dulang saja tetapi kini rekaan produk rotan jauh lebih moden dan trendy menjadikan ia semakin popular terutama di kalangan orang muda. "Berdasarkan pengalaman saya mengadakan pameran dan jualan kraf di luar negara, bangsa asing juga turut meminati kraf tangan rotan kerana keunikannya," kata Azizah ketika ditemui di bengkelnya di Taman Pinggiran 

          Senawang di sini hari ini. Kata Azizah yang sudah tujuh tahun menceburi bidang tersebut, sehingga kini produk rotan yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Zafialno Enterprise berjaya dipasarkan di luar negara termasuk Singapura, Eropah dan United Kingdom. "Kejayaan ini adalah berkat daripada pelbagai galakan yang diberikan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan yang sering mengadakan promosi pameran dan jualan di luar negara dengan menyertai pameran kraf antarabangsa. "Penyertaan dalam program seperti ini banyak membantu mempromosikan produk kraf tangan pengusaha tempatan seperti saya," katanya yang akan menyertai pameran dan jualan produk kraf di Hong Kong tidak lama lagi. Azizah berkata, bengkel latihan usahawan kraf tangan anjuran badan tersebut sejak beberapa tahun lepas berjaya meletakkan dirinya sebagai usahawan rotan berjaya hari ini. 

                                                   USAHAWAN AZIZAH AHMAD 

              Azizah Ahmad sentiasa bersedia mengumpul semua informasi dan melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan rotan. Penyertaan dalam pelbagai program seperti ini banyak membantu mempromosikan produk kraftangan dan memberi pelbagai idea kepada Azizah Ahmad seperti bentuk-bentuk dan jenis-jenis produk rotan seperti bakul kucing, bakul telur, beg gedik tali kulit, bakul trak yang sangat besar dan sebagainya.




BEG GEDIK TALI KULIT


BAKUL TRAK YANG SANGAT BESAR

No comments:

Post a Comment